i. Advokasi (memberi tumpuan kepada punca pembuangan dan penderaan
terhadap kanak-kanak) perlu untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan
pembuangan kanak-kanak kerana perbuatan tersebut bukan budaya rakyat negara
ini.
> menangani permasalahan secara saintifik dilakukan dengan bantuan pihak polis, manakala khidmat nasihat dan penyelidikan akan dijalankan dengan bantuan pakar untuk mengetahui secara lebih mendalam bagaimana ia berlaku.
ii. Menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat bagi menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian itu, Karyawan dan Astro.
> Langkah itu bagi mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi dan masalah sosial terutama di kalangan remaja.
iii. Kita sememangnya mengharapkan supaya syarikat-syarikat dan estet serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu bekerjasama dengan kerajaan serta Utusan Malaysia untuk berkempen dalam mencegah kegiatan jenayah terhadap kanak-kanak menerusi Kami Prihatin.kita juga meminta supaya semua bangsa tidak kira agama perlu lebih sensitif terhadap masalah ini, jangan sekadar pandang ringan sahaja.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm#ixzz2BXnhTvcE © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment