Thursday, 8 November 2012

Gejala ponteng sekolah

Selasa, 3 Ogos 2010

Ponteng Sekolah



-Berita seumpama ini sering kita kedengaran di dada-dada akhbar  tempatan sama ada media elektronik atau media cetak.
-Hal demikian kerana masalah ponteng sekolah ini sering menjadi isu yang sering hangat diperkatakan.
-Menurut kamus dewan ponteng sekolah didefinasikan sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau diluar pengetahuan sekolah.

A.  Punca masalah ponteng sekolah ini berlaku :
1. Ibu bapa kurang memberi kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka.
- kebanyakan ibu bapa pada zaman ini kebanyakannya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 
-Hal demikan menyebabkan tugas untuk mendidik dan menyediakan keperluan harian anak-anak telah diambil alih oleh pembantu rumah.
-Situasi ini menyebabkan berlakunya keruntuhan keluarga dalam masyarakat.
-Ibu bapa juga tidak sempat untuk mnerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak mereka.
-Kekurangan didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran di sekeliling mereka. 
-Kurangnya kasih sayang dan tekanan dalam diri seseorang pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah menyebabkan mereka cuba untuk ponteng sekolah.
2. Suasana pembelajaran di sekolah yang membosankan. 
-Hal demikian menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk hadir ke sekolah.
-Sukatan pembelajaran  yang diperkenalkan di peringkat sekolah juga kurang menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk menyertai sesi pengajaran.
-Sukatan pelajaran yang memerlukan banyak teknik  pengahafalan seperti mata pelajaran sejarah. 
-Situasi ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas kerana menganggap mata pelajaran tersebut membebankan.
-Oleh itu mereka akan mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untu ponteng sekolah.
-Hal demikian menyebabka mereka akan sering ketinggalan dalam sesi pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. 
- kurangnya motivasi dalam diri menyebabkan para plajar muah putus asa untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.
3. Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan para pelajarmudah terjerumus dalam masalah ponteng sekolah.
-rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelajar.
-Pengaruh rakan sebaya menyebabkan minda para pelajar mudah dipengaruhi hingga menyebabkan mereka befikir secara tidak rasional.
-Kebanyakan para pelajar sekolah lebih gemar menghabiskan masa di pusat komputer.
-pusat komputer menyediakan kemudahan permainan video yang menyoronokkan sehingga mereka mempunyai ketagihan melampau menyebabkan mereka sanggup menghabiskan wang saku.
-Hal demikian menyebabkan para pelajar sering mencari alasan untuk ponteng sekolah. 
-kurangnya kesedaran menuntut ilmu dalam diri menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

B. langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini 
1.mengetatkan peraturan sekolah.
- Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.
- Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.
-Hal demikian bagi memastikan setiap kehadiran para pelajar dapat dipantau dan diambil tindakan sewajarnya.
-Oleh itu situasi ini memudahkan kerja guru untuk mengemaskini data maklumat murid.

2. ibu bapa memainkan peranan yang amat penting.
-Mereka seharusnya memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa. 
-Oleh itu didikan awal dari rumah sangat penting bagi memastikan anak-anak diberi perhatian yang secukupnya.
-Ibu bapa juga dapat mengetahui pergerakan anak-anak mereka diluar waktu persekolahan.
-Didikan tidak formal sejak kecil sangat penting bagi memastikan disiplin anak-anak dapat dibentuk.
-Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Tambahan pula anak-anak perlu diserapkan dengan nilai-nilai agama didalam diri mereka .
-Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak mereka ketika waktu lapang.Hal demikian bagi memastikan anak-anak dapat merasa diri mereka dihargai.

3. kaunseling diadakan di peringkat sekolah.
-Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
- Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
-para pelajar yang bermasalah juga dapat diberi peluang untuk membuat keputusan dalam hidup mereka.
-Dengan adanya kaunselor pengalaman ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar.
- dapat berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.Oleh itu,ia dapat mengurangkan konflik yang dihadapi oleh remaja tersebut.
-Malah situasi ini juga dapat mendekatkan diri pelajar dengan pihak sekolah. 
 Kesimpulannya:
-masalah ponteng sekolah ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan bekerjasama bagi membanteras masalah ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah.
-Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan masalah ponteng dapat dikurangkan.
-Hal demikian kerana ia akan meningkatkan masalah sosial dinegara ini

No comments:

Post a Comment