Tuesday, 6 November 2012

Isu Kahwin Muda


“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .”
HR. Ibnu ‘Addi.


‘Kahwin Muda’ 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?


saat indah tika kahwin..hihihi..sweet kn couple nie..

Jadi beban ke jika kahwin muda??

Mengapa harus takut ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya:



1) TUNTUTAN AGAMA
Agama islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi ini. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa harus melengah-lengahkannya?????

2) MENGELAK DARI ZINA
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideology kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta, dan rumah. Pada masa itu sudah pasti usia sudah mencecah 29 tahun. Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes nikah dari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3) MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4) MENIMBULKAN KETENANGAN JIWA
Jika bertanya kepada mereka yang sudah beristeri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah melalui kata-kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah, tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman setia yang sedia membantu dan menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan suka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.

5) FIKIRAN LEBIH MATANG
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang hadulunya terumbang-ambing kepada yang lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau berfacebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6) MEMBAIKI DIRI
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik kelak itulah mereka berubah menjadi insane yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.


berseri aje muke diorg kn..muda-muda dh kawen..
(korg nk tahu diorg baru umor 20 tau)


anTarA pEnDapAT dAriPAda peNcERAmah (uStz. kAziM eliAS)

 Terdapat banyak kelebihan serta keindahan yang mampu kita capai melalui perkahwinan apatah lagi jika dimulai pada usia yang muda. Dalam pengertian yang lain pada usia muda inilah perkahwinan yang ditempuhinya mampu mendewasakan minda, menguatkan jiwa dan berani menghadapi cabaran. Namun bukan mudah untuk mengendalikan bahtera perkahwinan ia terpulang kepada kebijaksanaan suami isteri dalam merencanakan kehidupan rumahtangga sebagai ' Rumahku Syurgaku".


KHAYALAN YANG PASTI!!!





iNI pEsANan aKHir BuaT pEMbCA blOg nIe yer...
Pasti ada dikalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi???Ingat!! Sekarang ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang gatal. Andai itu berlaku???Gigit jari lah anda…heheheheehe..















No comments:

Post a Comment