KISAH KAHWIN LARI....
Assalamualaikum buat pembaca semua.APA ITU KAHWIN LARI?adakah kawin sambil berlari??
KAHWIN LARI dalam takrifan Islam ialah kahwin diluar qariyah tanpa izin wali.Islam tidak mengalakkan umatnya kahwin lari kerana kahwin lari boleh mengundang banyak masalah kepada pasangan.
Dari konteks lain pula kahwin lari ialah penikahan yang dijalankan oleh pasangan dalam keadaan melarikan diri daripada prosedure biasa mahkamah syariah.Keadaan ini biasanya mereka berlari ke negara jiran untuk berkahwin secara mudah.
FAKTOR-FAKTOR KAHWIN LARI!
1)WALI ENGGAN MERESTUI HUBUNGAN.
Hal ini berlaku apabila pasangan bercinta yang mahu bernikah tidak mendapat restu ibu bapa pasangan.Banyak sebab ibu bapa tidak merestui pasangan yang niat untuk berkahwin antaranya seperti ibu bapa sudah ada pilihan lain untuk anak mereka,pasangan anak mereka tidak memenuhi cita rasa mereka seperti tidak berharta dan sebagainya.Oleh sebab terlalu sayang dan cintakan pasangan,anak mereka sanggup membantah cakap ibu bapa mereka dan mengambil keputusan untuk kahwin lari bersama pasangannya dengan harapan tiada sesiapa yang boleh pisahkan mereka apabila sudah berkahwin.
2)TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS PASANGAN.
Banyak gadis remaja yang menjadi mangsa dalam kes ini.Di media cetak mahupun elektronik sering memaparkan kisah-kisah gadis mengikut jejaka pilihan mereka ke negara asal teman lelaki mereka seperti yang sedang hangat dipaparkan di media iaitu 'jejaka Lombok menambat hati gadis remaja tempatan'.Ketika dalam percintaan gadis yang menjadi mangsa ini terpedaya dengan janji manis yang dilemparkan oleh pasangan mereka sehingga mangsa rela melarikan diri mengikut jejaka pilihan untuk berkahwin dan tinggal di negara asal pasangan.Akhirnya kesengsaraan yang diterima oleh mangsa setelah berkahwin.
3)NIKAH HAMIL.
Keadaan ini berlaku kepada pasangan bercinta yang telah terlanjur sehingga hamil luar nikah terutama pasangan yang sudah pun berkahwin dan terlanjur dengan wanita lain.Pasangan yang ingin bertanggungjawab dan mahu bernikah namun malu dengan keadaan yang berlaku dan takut diketahui isteri mengambil langkah untuk membawa pasangan berkahwin lari ke negara jiran.selain itu,pasangan yang bercinta pula takut diketahui keluarga akan kehamilan yang berlaku mengambil langkah mengikut pasangan mereka untuk berkahwin lari ke negara jiran.
4)POLIGAMI TANPA KEBENARAN.
Apabila seorang suami yang ingin berpoligami,namun tidak mahu diketahui oleh isterinya kerana khuatir tidak akan mendapat kebenaran untuk berpoligami telah mengambil keputusan untuk membawa pasangannya untuk berkahwin lari.Keadaan ini banyak berlaku kepada suami-suami yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.
cepat ikut abg!lgi laju lari,lagi cepat kita kawin!!
AKIBAT KAHWIN LARI!
1)BERLAKU PERPECAHAN KELUARGA DAN MEMUTUSKAN SILATURAHIM.
Kebahagiaan,mengeratkan silaturahim dan ketenangan adalah matlamat sesebuah perkahwinan.Perkahwinan juga menurut islam adalah suci dan indah.Oleh itu,Islam melarang kahwin lari kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti memecah belahkan silaturahim keluarga yang sudah sememangnya lari dari matlamat sesebuah perkahwinan.Tindakan kahwin lari ini mewujudkan jurang antara diri dan keluarga.Sifat saling membenci juga boleh timbul dalam keluarga.Oleh itu Islam melarang perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada umatnya.
2)MENGHILANGKAN HAK BAPA SEBAGAI WALI.
Sememangnya bapa yang memberi nafkah,menyediakan tempat tinggal dan memenuhi keperluan anaknya selama ini diperlekehkan haknya sebagai wali.Oleh itu,keadaan ini menimbulkan perasaan sedih,geram dan dendam yang sukar untuk dihilangkan bagi seorang bapa.
3)ANAK-ANAK TERPINGGIR HAK SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT.
Anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan tanpa daftar ini turut menerima tempiasnya.Segala rutin yang memerlukan dokumen yang sah tidak dapat dibuat sebab ketiadaan dokumen yang sah.Sebagai contoh perkara yang melibatkan pendaftaran sekolah,kesihatan dan sebagainya.
kite lari naik kuda je..xguna kaki..

No comments:
Post a Comment