Thursday, 8 November 2012

Gejala ponteng sekolah

Selasa, 3 Ogos 2010

Ponteng Sekolah



-Berita seumpama ini sering kita kedengaran di dada-dada akhbar  tempatan sama ada media elektronik atau media cetak.
-Hal demikian kerana masalah ponteng sekolah ini sering menjadi isu yang sering hangat diperkatakan.
-Menurut kamus dewan ponteng sekolah didefinasikan sebagai kegiatan meninggalkan sekolah tanpa sebab atau diluar pengetahuan sekolah.

A.  Punca masalah ponteng sekolah ini berlaku :
1. Ibu bapa kurang memberi kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka.
- kebanyakan ibu bapa pada zaman ini kebanyakannya terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. 
-Hal demikan menyebabkan tugas untuk mendidik dan menyediakan keperluan harian anak-anak telah diambil alih oleh pembantu rumah.
-Situasi ini menyebabkan berlakunya keruntuhan keluarga dalam masyarakat.
-Ibu bapa juga tidak sempat untuk mnerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak mereka.
-Kekurangan didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran di sekeliling mereka. 
-Kurangnya kasih sayang dan tekanan dalam diri seseorang pelajar yang datang daripada keluarga bermasalah menyebabkan mereka cuba untuk ponteng sekolah.
2. Suasana pembelajaran di sekolah yang membosankan. 
-Hal demikian menyebabkan para pelajar kurang berminat untuk hadir ke sekolah.
-Sukatan pembelajaran  yang diperkenalkan di peringkat sekolah juga kurang menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk menyertai sesi pengajaran.
-Sukatan pelajaran yang memerlukan banyak teknik  pengahafalan seperti mata pelajaran sejarah. 
-Situasi ini menyebabkan para pelajar tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas kerana menganggap mata pelajaran tersebut membebankan.
-Oleh itu mereka akan mengambil jalan mudah dengan membuat keputusan untu ponteng sekolah.
-Hal demikian menyebabka mereka akan sering ketinggalan dalam sesi pembelajaran yang diajar oleh guru di sekolah. 
- kurangnya motivasi dalam diri menyebabkan para plajar muah putus asa untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka.
3. Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan para pelajarmudah terjerumus dalam masalah ponteng sekolah.
-rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan para pelajar.
-Pengaruh rakan sebaya menyebabkan minda para pelajar mudah dipengaruhi hingga menyebabkan mereka befikir secara tidak rasional.
-Kebanyakan para pelajar sekolah lebih gemar menghabiskan masa di pusat komputer.
-pusat komputer menyediakan kemudahan permainan video yang menyoronokkan sehingga mereka mempunyai ketagihan melampau menyebabkan mereka sanggup menghabiskan wang saku.
-Hal demikian menyebabkan para pelajar sering mencari alasan untuk ponteng sekolah. 
-kurangnya kesedaran menuntut ilmu dalam diri menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

B. langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini 
1.mengetatkan peraturan sekolah.
- Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah.
- Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.
-Hal demikian bagi memastikan setiap kehadiran para pelajar dapat dipantau dan diambil tindakan sewajarnya.
-Oleh itu situasi ini memudahkan kerja guru untuk mengemaskini data maklumat murid.

2. ibu bapa memainkan peranan yang amat penting.
-Mereka seharusnya memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa. 
-Oleh itu didikan awal dari rumah sangat penting bagi memastikan anak-anak diberi perhatian yang secukupnya.
-Ibu bapa juga dapat mengetahui pergerakan anak-anak mereka diluar waktu persekolahan.
-Didikan tidak formal sejak kecil sangat penting bagi memastikan disiplin anak-anak dapat dibentuk.
-Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Tambahan pula anak-anak perlu diserapkan dengan nilai-nilai agama didalam diri mereka .
-Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak mereka ketika waktu lapang.Hal demikian bagi memastikan anak-anak dapat merasa diri mereka dihargai.

3. kaunseling diadakan di peringkat sekolah.
-Kaunseling di peringkat sekolah sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
- Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
-para pelajar yang bermasalah juga dapat diberi peluang untuk membuat keputusan dalam hidup mereka.
-Dengan adanya kaunselor pengalaman ia dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar.
- dapat berkongsi masalah dengan pihak kaunselor.Oleh itu,ia dapat mengurangkan konflik yang dihadapi oleh remaja tersebut.
-Malah situasi ini juga dapat mendekatkan diri pelajar dengan pihak sekolah. 
 Kesimpulannya:
-masalah ponteng sekolah ini dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan bekerjasama bagi membanteras masalah ponteng sekolah dalam kalangan para pelajar sekolah.
-Oleh itu semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan masalah ponteng dapat dikurangkan.
-Hal demikian kerana ia akan meningkatkan masalah sosial dinegara ini

ISU KAHWIN LARI....

KISAH KAHWIN LARI....


Assalamualaikum buat pembaca semua.APA ITU KAHWIN LARI?adakah kawin sambil berlari??

KAHWIN LARI dalam takrifan Islam ialah kahwin diluar qariyah tanpa izin wali.Islam tidak mengalakkan umatnya kahwin lari kerana kahwin lari boleh mengundang banyak masalah kepada pasangan.

Dari konteks lain pula kahwin lari ialah penikahan yang dijalankan oleh pasangan dalam keadaan melarikan diri daripada prosedure biasa mahkamah syariah.Keadaan ini biasanya mereka berlari ke negara jiran untuk berkahwin secara mudah.

FAKTOR-FAKTOR KAHWIN LARI!

1)WALI ENGGAN MERESTUI HUBUNGAN.

Hal ini berlaku apabila pasangan bercinta yang mahu bernikah tidak mendapat restu ibu bapa pasangan.Banyak sebab ibu bapa tidak merestui pasangan yang niat untuk berkahwin antaranya seperti ibu bapa sudah ada pilihan lain untuk anak mereka,pasangan anak mereka tidak memenuhi cita rasa mereka seperti tidak berharta dan sebagainya.Oleh sebab terlalu sayang dan cintakan pasangan,anak mereka sanggup membantah cakap ibu bapa mereka dan mengambil keputusan untuk kahwin lari bersama pasangannya dengan harapan tiada sesiapa yang boleh pisahkan  mereka apabila sudah berkahwin.

2)TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS PASANGAN.

Banyak gadis remaja yang menjadi mangsa dalam kes ini.Di media cetak mahupun elektronik sering memaparkan kisah-kisah gadis mengikut jejaka pilihan mereka ke negara asal teman lelaki mereka seperti yang sedang hangat dipaparkan di media iaitu 'jejaka Lombok menambat hati gadis remaja tempatan'.Ketika dalam percintaan gadis yang menjadi mangsa ini terpedaya dengan janji manis yang dilemparkan oleh pasangan mereka sehingga mangsa rela melarikan diri mengikut jejaka pilihan untuk berkahwin dan tinggal di negara asal pasangan.Akhirnya kesengsaraan yang diterima oleh mangsa setelah berkahwin.


3)NIKAH HAMIL.

Keadaan ini berlaku kepada pasangan bercinta yang telah terlanjur sehingga hamil luar nikah terutama pasangan yang sudah pun berkahwin dan terlanjur dengan wanita lain.Pasangan yang ingin bertanggungjawab dan mahu bernikah namun malu dengan keadaan yang berlaku dan takut diketahui isteri mengambil langkah untuk membawa pasangan berkahwin lari ke negara jiran.selain itu,pasangan yang bercinta pula takut diketahui keluarga akan kehamilan yang berlaku mengambil langkah mengikut pasangan mereka untuk berkahwin lari ke negara jiran.

4)POLIGAMI TANPA KEBENARAN.

Apabila seorang suami yang ingin berpoligami,namun tidak mahu diketahui oleh isterinya kerana khuatir tidak akan mendapat kebenaran untuk berpoligami telah mengambil keputusan untuk membawa pasangannya untuk berkahwin lari.Keadaan ini banyak berlaku kepada suami-suami yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.

                                  cepat ikut abg!lgi laju lari,lagi cepat kita kawin!!

AKIBAT KAHWIN LARI!

1)BERLAKU PERPECAHAN KELUARGA DAN MEMUTUSKAN SILATURAHIM.

Kebahagiaan,mengeratkan silaturahim dan ketenangan adalah matlamat sesebuah perkahwinan.Perkahwinan juga menurut islam adalah suci dan indah.Oleh itu,Islam melarang kahwin lari kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk seperti memecah belahkan silaturahim keluarga yang sudah sememangnya lari dari matlamat sesebuah perkahwinan.Tindakan kahwin lari ini mewujudkan jurang antara diri dan keluarga.Sifat saling membenci juga boleh timbul dalam keluarga.Oleh itu Islam melarang perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepada umatnya.

2)MENGHILANGKAN HAK BAPA SEBAGAI WALI.

Sememangnya bapa yang memberi nafkah,menyediakan tempat tinggal dan memenuhi keperluan anaknya  selama ini diperlekehkan haknya sebagai wali.Oleh itu,keadaan ini menimbulkan perasaan sedih,geram dan dendam yang sukar untuk dihilangkan bagi seorang bapa.

3)ANAK-ANAK TERPINGGIR HAK SEBAGAI ANGGOTA MASYARAKAT.

Anak-anak yang dilahirkan hasil perkahwinan tanpa daftar ini turut menerima tempiasnya.Segala rutin yang memerlukan dokumen yang sah tidak dapat dibuat sebab ketiadaan dokumen yang sah.Sebagai contoh perkara yang melibatkan  pendaftaran sekolah,kesihatan dan sebagainya.

                              kite lari naik kuda je..xguna kaki..



Wednesday, 7 November 2012

jenayah rogol


SATU HARI SATU KELAHIRAN

Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami”-keratan akhbar



Salam masyarakat sejagat, salam manis untuk semua pembaca. Sedar tak sedar sekarang ni kita berada pada hampir penghujung tahun 2012 kan kawan-kawan. Semakin hari umur makin meningkat, dunia makin membangun, alam sejagat semakin berkembang. Tapi …ada satu benda yang tak sedap di telinga yang kian menjadi buah mulut kita saban hari. Semakin meningkat hari, umur, perkembangan, ada juga lah satu benda ni tetap nak ikut meningkat. JENAYAH. Time ni juga lah pak cik jenayah ni nak ikut naik sama ye kawan-kawan. Please my dearest friends…say NO to pak cik JENAYAH ni ^_^ . kenapa? 

Kadang-kadang tu kita lihat pada akhbar dan berita, bukan sahaja kanak-kanak malahan golongan ok upon ada yang menjadi mangsa. Cuba renungkan sekejap. Kalau lah sehingga zaman sekarang pon sudah ada kes-kes yang berat seperti ni. Apa akan jadi pada dunia yang akan datang. Kita hidup kat dunia ni kena lah buat benda-benda baik kan kawan-kawan. 



Jenayah ni bukan benda baik kawan-kawan. Ni perkara mazmuh.buruk. kalau ada cepat-cepat hindarkan. Hari ni nak cerita sedikit tentang jenayah ROGOL. Haha.bila sebut pon dah gerun kan? . . terutama pada kaum hawa.. memang perkara yang paling membimbangkan bagi orang-orang perempuan ni. Sebab mereka lah mangsanya kepada lelaki-lelaki yang rakus dan tidak menahan nafsu tu. 

Selangkah kita melakuakan perkara ni kawan-kawan akan membawa kepada sikap-sikap buruk yang lain yang dipandang oleh orang lain. Wujudnya kes pembuangan bayi. Awok semua tak kesian ke kat bayi-bayi comel tuh? Ha,kan dah jadi kes lain. Timbul lagi jenayah di negara kita ni.
Cuba tengok statistik jenayah rogol ni kat Malaysia :

TAHUN
2009
2010
PERATUS KENAIKAN/ PENURUNAN (%)
NEGERI
PULAU PINANG
10
18
+44.4%
KEDAH
9
10
+10%
PERLIS
1
0
-100%
PERAK
9
13
+30.8%
SELANGOR
67
81
+17.3%
KUALA LUMPUR
17
30
+43.3%
N. SEMBILAN
13
18
+27.8%
MELAKA
16
10
-37.5%
JOHOR
26
34
+23.5%
PAHANG
16
7
-56.25%
TERENGGANU
4
2
-50%
KELANTAN
1
15
+93.3%
SABAH
12
13
+7.7%
SARAWAK
2
6
+66.7%


So, kawan-kawan…….fikir-fikirlah.

“ dan dijadikan kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan( memberi nafkah ) sebahagian daripada harta mereka”an-Nisa’ : 34


Oleh itu kaum adam, moh pakat-pakat kita nasihat kawan-kawan kita. Masyarakat kita. Warganegara kita. Untuk jauhi sifat yang tak bermoral lagi terkutuk di sisi Allah Ta’ala. Di jadikan kaum adam itu untuk melindungi wanita, bukan dikejami dan dizalimi.


And kalau dah tak sabar sangat tu nak lepas nafsu kawan-kawan, ada jalan yang terbaik..KHAWIN LAH ^_^
Tengok..gembira kan kak Irma Hasmie kita ^_^ ..bila dah ada jalan baik






Dapat lah bayi secomel ini …………...


akhir kalam untuk kawan-kawan yang berwawasan and manis-manis belaka. hiasilah akhlak semanis yang mungkin. ingat. say NO to pak cik  JENAYAH ni ye.. sekian ~                                          

kaedah lain tangani isu pembuangan bayi


i. Advokasi (memberi tumpuan kepada punca pembuangan dan penderaan terhadap kanak-kanak) perlu untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak kerana perbuatan tersebut bukan budaya rakyat negara ini.

> menangani permasalahan secara saintifik dilakukan dengan bantuan pihak polis, manakala khidmat nasihat dan penyelidikan akan dijalankan dengan bantuan pakar untuk mengetahui secara lebih mendalam bagaimana ia berlaku.


ii. Menjadikan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak sebagai program angkat bagi menyokong kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama kementerian itu, Karyawan dan Astro.

> Langkah itu bagi mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk menangani masalah pembuangan bayi dan masalah sosial terutama di kalangan remaja.

 iii. ‘‘Kita sememangnya mengharapkan supaya syarikat-syarikat dan estet serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu bekerjasama dengan kerajaan serta Utusan Malaysia untuk berkempen dalam mencegah kegiatan jenayah terhadap kanak-kanak menerusi Kami Prihatin.kita juga meminta supaya semua bangsa tidak kira agama perlu lebih sensitif terhadap masalah ini, jangan sekadar pandang ringan sahaja.



Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan ..


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm 
tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa doktOr tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥

# terlalu cepatkah seorang bayi yang belum smpat di lahirkan ke dunia ini mendapatkan perlakuan sekeji itu dari ibu bapa kandungnya ..???

Allahurabbi ~ sedihnya bila membaca situasi ini .. buat renungan kita bersama ... :'(


ISU PEMBUANGAN BAYI :(



FAKTOR – FAKTOR PEMBUANGAN BAYI BOLEH BERLAKU
                                                                              I.            Pergaulan bebas
Ø Bercampur antara lelaki dan wanita melebihi batas pergaulan
                                                                           II.            Pengaruh rakan sebaya
Ø Mengikut perlakuan tidak baik rakan sebaya seperti seks bebas
                                                                       III.            Kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa
Ø Ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa untuk memberi perhatian dan tinjauan kepada tingkah laku anak mereka. Hal ini menyebabkan anak mereka lebih akrab bersama rakan sebaya dan mudah mengikut tingkah laku rakan mereka.
                                                                       IV.            Kurang didikan agama
Ø Remaja tidak didedahkan secara terperinci tentang segala kelakuan baik dan buruk. Tidak mengamalkan solat 5 waktu serta memiliki iman yang lemah membuatkan mereka mudah tergoda dengan nafsu syaitan.
                                                                          V.            Takut untuk bersemuka dengan ibu bapa
Ø Risau tidak diterima dan dihukum oleh ahli ketua keluarga.
Ø Menutup dan menyembunyikan perasaan malu serta beranggapan tidak mampu untuk terus menanggung hidup bayi yang dilahirkan

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI
                              I.            Remaja harus pandai untuk menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
Ø  Seks bebas dapat dielakkan

                           II.            Remaja harus bijak dalam memilih rakan sebaya yang berkelakuan baik serta menasihatkan rakan sebaya yang berkelakuan buruk untuk mengubah cara hidup atau pun tidak bergaul langsung dengan rakan yang membawa budaya yang tidak baik.
Ø Dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala yang boleh menyumbang kepada maksiat seperti melepak dan sebagainya

                       III.            Ibu bapa berperanan penting untuk membentuk remaja. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak mereka serta meninjau aktiviti luar rumah anak-anak mereka.
Ø Kelakuan anak-anak lebih terkawan
Ø Tidak berani melakukan sesuatu yang menyebabkan kemarahan ibu bapa mereka

                       IV.            Memberi penekanan agama serta nilai kedalam diri remaja
Ø tahu menilai baik buruk serta balasan terhadap perlakuan baik mahupun tidak baik.

                          V.            Ketua keluarga harus menerima segala berita dan berfikiran kehadapan dan positif.
Ø Menerima bayi tersebut dan member semangat untuk remaja.